Yoga Darśana Falsafah_India

Pengenalan

Sains yoga dikatakan berasal daripada Hiraṇyagarbha, suatu aspek Tuhan. Yogaśāstra dipercayai ditulis oleh Sanatkumāra dan Jaigiṣavya. Pada masa kini, teks purba yang masih wujud ialah Yogasūtra oleh Patañjali. Sama ada Patañjali, penulis Yogasūtra dan penulis Pāṇini ialah orang yang sama, masih belum dapat ditentukan. Kemungkinan Patañjali telah hidup sekitar 200 S.M. hingga 300 S.M.

Yogasūtra mengandungi 195 sūtra dan empat bab iaitu Samādhipāda, Sādhanapāda, Vibhūtipāda dan Kaivalyapāda. Seperti karya-karya sūtra yang lain, Yogasūtra juga agar sukar difahami. Maka, beberapa orang penulis telah menulis ulasan-ulasan mengenainya,

Bhāṣya oleh Vyāsa dianggap sebagai ulasan asas yang utama. Namun, Vyāsa ini bukan Vedavyāsa tradisional, tetapi seorang lain yang telah hidup sekitar 400 Masihi. Berikut ialah penjelasan-penjelasan popular Vyāsabhāṣya:

  • Tattvavaiśāradī oleh Vācaspati Miśra (850 M)
  • Yogavārttika oleh Vijñānabhikṣu (850 M)
  • Bhāsvatī oleh Hariharānanda Araṇya (kurun ke-19)

Menurut beberapa orang pendeta, Śankaracharya (788-820 M) ialah penulis Yogabhāṣyavivarṇa. Gaya penulisan dan presentasi bukunya ini, dan juga kepercayaan bahawa Śankara ialah seorang yogi yang hebat mengukuhkan kepercayaan bahawa beliau ialah penulis Yogabhāṣyavivarṇa.

Terdapat sekurang-kurangnya enam ulasan terus Yogasūtra yakni:

  • Rājamārttāṇḍavṛtti oleh Bhojadeva (kurun ke-11)
  • Yogasūtrapradīpikā oleh Bhāvāgaṇeśa
  • Yogasūtravṛtti oleh Nagojibhaṭṭa
  • Yogamaṇiprabhā oleh Rāmānanda Yati
  • Yogasiddhāntacandrikā oleh Nārāyaṇa Tīrtha
  • Yogasudhākara oleh Sadāśiva Brahmendra (kurun ke-18)

Apakah itu Yoga?

Perkataan 'yoga' berasal daripada dua perkataan akar: yuj (untuk memasang) dan yuj (untuk menumpukan perhatian). Maka, 'yoga' ialah sesuatu yang membantu roh individu mencapai tumpuan ke atas Tuhan dan akhirnya bersatu dengan-Nya.

Perkataan 'yoga' telah diqdwdf3ghtty5uty gunakan dalam beberapa konteks dalam Ṛgveda (5.81.1) dan dalam beberapa Upaniṣad seperti Kaṭha Upaniṣad (6.10, 11; 2.12) dan Śvetāśvatara (1.3). Bhagavadgita (6.11, 13, 20 & 35) mengandungi banyak idea yang serupa dengan ajaran-ajaran Yogasūtras.

Kemungkinan terdapat karya purba mengenai Yoga yang dihasilkan oleh Hiranyagarbha, dan karya ini mungkin telah mempengaruhi karya-karya lain.

Karya Yogasutra

Menurut tradisi Hindu, sains Yoga berasal daripada Hiranyagarbha, suatu aspek Tuhan. Biasanya, dua orang Rishi - Sanatkumara dan Jaigisavya dikatakan sebagai penulis-penulis Yogasastra. Namun, karya mereka masih belum dapat dikenalpasti.

Yogasūtra oleh Patanjali merupakan karya purba yoga yang masih wujud.

Terdapat sekurang-kurangnya enam ulasan yang ditulis mengenai Yogasutra. Antaranya ialah:

  • Rajamarttanda Vrtti oleh Bhojadeva (kurun ke-11)
  • Yogasutrapradipika oleh Bhavaganesha
  • Yogasutra Vrtti oleh Nagojibhatta
  • Yogamaniprabha oleh Ramananda Yati
  • Yogasiddhantacandrika oleh Narayana Tirtha
  • Yogasudhakara oleh Sadasiva Brahmendra (kurun ke-18)

Falsafah Yogasutra

Pengetahuan asas mengenai falsafah Sankhya adalah penting untuk memahami Yogasutra. Yogadarśana menerima tiga realiti asas: Isvara, prakrti dan purusa. Purusa adalah roh-roh individu. Purusa bersifat kesedaran atau cidrupa dan jumlahnya tidak terkira.

Kewujudan Īśvara yang dikenali sebagai 'Puruṣaviśeṣa' (puruṣa yang istimewa) hanya boleh diketahui menerusi kitab-kitab suci. Īśvara ialah sarvajña atau maha mengetahui. Īśvara bebas kerana Ia tidak terikat dengan Prakṛti. Īśvara ialah Ādiguru, guru purbakala. Dia dipanggil sebagai Pranava atau Om. Atas kehendak Īśvara dan menurut karma-karma puruṣa, prakṛti menjadi alam semesta ini. Sama seperti sistem Sankhya, prakrti menjadi mahat (intelek kosmik), ahankara (prinsip ego), manas (minda kosmik), tanmatra (unsur-unsur halus) dan sebagainya.

Disebabkan kejahilan atau avidya, puruṣa melupakan dirinya yang sebenar dan mengaitkan dirinya dengan prakrti. Ini menyebabkan purusa mengalami suka dan duka disebabkan kelahiran, kematian dan kelahiran semula. Namun, apabila puruṣa melakukan aṣṭānga yoga (lapan langkah-langkah yoga), sekali lagi dia menyedari sifat semulajadinya dan dia dibebaskan daripada samsara atau kitaran kelahiran semula. Dengan mencapai Dirinya sendiri, dan dengan itu merentasi samsara, ini dipanggil sebagai 'kaivalya'.

Yoga sebagai Cittavṛttinirodha

Patanjali memberikan definisi yoga sebagai Cittavṛttinirodha (1.2). Dengan mengawal dan menahan semua modifikasi (vṛtti) fikiran (citta), sifat sebenar purusa atau Diri, akan terdedah. Citta merupakan minda yang dipanggil sebagai antahkarana (alat dalaman), manas (minda) atau buddhi (intelek). Arus pemikiran, perasaan dan emosi yang timbul disebabkan kesan objek-deria ke atasnya menerusi organ-deria seperti mata dan teling, dikenali sebagai 'cittavṛtti.' Cittavṛtti boleh digabungkan dalam lima kumpulan: pramana (kaedah mendapatkan ilmu yang betul), viparyaya (ilmu yang tidak betul), vikalpa (gambaran minda dengan mendengar sesuatu perkataan), nidrā (tidur) dan smṛti (memori).

  • Pramāna ialah kaedah pembelajaran untuk mendapatkan ilmu yang betul. Terdapat tiga pramāana: pratyakṣa (persepsi terus), anumāna (inferensi) dan āgama (kata-kata orang yang boleh dipercayai dan kitab suci).
  • Viparyaya ialah ilmu yang salah seperti seutas tali yang kelihatan seperti seekor ular dalam kegelapan.
  • Vikalpa ialah imej mental yang timbul apabila mendengar sesuatu perkataan seperti 'kepala Rahu'.
  • NIdrā atau tidur ialah keadaan minda yang disebabkan oleh kelebihan sifat tamas.
  • Smṛti ialah memori pengalaman lama.

Cittavṛtti dinamakan sebagai kliṣṭa apabila ia menyebabkan penderitaan (kleśa) kepada puruṣa disebabkan kejahilan (avidyā), egoisme (asmitā) dan sebagainya. Apabila cittavṛtti membantu puruṣa mencapai kebebasan, ia dipanggil sebagai 'akliṣṭa'.

Citta atau fikiran mempunyai lima keadaan: Kṣipta (gerak hati), mūḍha (lembab), vikṣipta (terganggu), ekāgra (tertumpu pada satu perkara), dan niruddha (tersekat). Dalam tiga tahap awal iaitu Kṣipta (gerak hati), mūḍha (lembab), vikṣipta (terganggu), seseorang tidak boleh melakukan yoga disebabkan fikirannya dikuasai oleh sifat-sifat rajas dan tamas. Apabila sattva menjadi kuat, fikiran dapat bertumpu pada suatu perkara yang akhirnya akan membawa kepada samprajñāta samadhi (keadaan penumpuan yang sempurna yang memberikan kognitif yang jelas tentang sesuatu perkara). Dalam keadaan terakhir, niruddha, semua modifikasi fikiran dikawal dengan sepenuhnya dan asamprajñāta samadhi dicapai dan selepas itu, orang itu menjadi seorang mukta, atau roh yang terlepas, dan bebas daripada segala ikatan prakrti.

Aṣṭānga atau Lapan Langkah-Langkah

Puruṣa atau Jīvātman (roh individu) berada dalam ikatan badan-minda (hasil Prakṛti). Matlamat utama yoga ialah 'viyoga' iaitu untuk melepaskan Puruṣa daripada belenggu Prakṛti. Ini berlaku dengan vivekakhyāti atau ilmu bahawa Prakṛti dan Puruṣa adalah dua perkara berasingan (khyāti = ilmu; viveka = membezakan).

Yogasutra memberikan suatu disiplin yang teratur dengan lapan langkah-langkah, dipanggil sebagai 'aṣṭāngayoga'. Ianya adalah: yama (menahan), niyama (mengamalkan), āsana (postur), prānāyāma (kawalan aliran tenaga), pratyāhāra (keadaan termenung), dhārana (konsentrasi), dhyāna (meditasi) dan samādhi (mendalami sepenuhnya). Dalam lapan langkah-langkah, lima langkah awal dikenali sebagai 'bahiranga' (bantuan luar) dan tiga langkah akhir dikenali sebagai 'antaranga' (bantuan dalam) kepada yoga.

Yama

Ahimsā (ketidakganasan), satya (kebenaran), asteya (tidak mencuri), brahmacarya (mengawal nafsu syawat), dan aparigraha (tidak menerima hadiah) menjadi yama atau langkah pertama yoga. Yama menyumbangkan kepada keharmonian sosial.

Niyama

Śauca (kebersihan), santoṣa (kepuasan), tapas (disiplin badan, kata-kata dan fikiran), svādhyāya (pembacaan kitab-kitab suci dan mengulangi mantera), dan Īśvarapranidhāna (beriman kepada Tuhan). Niyama menyumbangkan kepada kesucian diri.

Patanjali mengumpulkan tiga disiplin niyama iaitu tapas, svādhyāya dan Īśvarapranidhāna dan menamakannya sebagai 'Kriyā Yoga'. Ia adalah suatu kaedah pintas untuk Yoga.

Āsana

Ini ialah postur untuk duduk dengan tegap dan selesa untuk melakukan Yoga.

Prānāyāma

Ini ialah kawalan udara utama dalam badan dengan mengatur pernafasan.

Pratyāhāra

Apabila organ-organ deria dipisahkan daripada objek-objek deria, organ-organ deria akan tertumpu dalam fikiran. Ini dinamakan sebagai pratyāhāra.

Dhāranā

Keadaan ini dicapai apabila fikiran tertumpu pada objek meditasi.

Dhyāna

Apabila dhāranā berterusan dan tidak terputus, seperti minyak yang dituang dari satu bekas ke bekas yang lain, keadaan ini dipanggil sebagai Dhyāna.

Samādhi

Apabila Dhyana menjadi semakin mendalam sehingga fikiran tertumpu sepenuhnya pada objek meditasinya, sehingga seseorang tidak sedar akan dirinya sendiri, keadaan ini dipanggil sebagai Samadhi. Isvarapranidhana atau cinta untuk Tuhan juga boleh menyebabkan keadaan Samādhi (1.23).

Patanjali menamakan tiga langkah akhir ini iaitu Dhāranā, Dhyāna dan Samadhi sebagai 'Samyama'. Ketiga-tiga langkah akhir ini adalah sebenarnya tiga langkah berterusan dalam satu proses yang sama. Samyama harus berlaku terhadap objek yang sama.

Rintangan Yoga

Patanjali menamakan sembilan rintangan yoga sebagai 'antarāyas': vyādhi (penyakit), styāna (sikap tidak peduli), samśaya (keraguan), pramāda (acuh tak acuh), āasya (kemalasan), avirati (kurang sifat pelepasan), bhrāntidarśana (salah tanggapan), alabdhabhūmikatva (kegagalan mencapai tahap yogi), dan anavasthitatva (kekecohan dalam negara).

Patanjali juga menambahkan lima lagi rintangan yoga yang menganggu fikiran iaitu: duhkha (duka hati), daurmanasya (kekecewaan), angamejayatva (kegelisahan anggota badan), svasa dan prasvasa (pernafasan yang tidak seragam). Semua ini perlu diatasi dengan remedi yang sesuai.

Patanjali juga memberikan beberapa kaedah praktikal untuk mencapai penumpuan yang membolehkan seseorang mengalami Samadhi atau pengalaman mistik tentang Atman. Antaranya, vairagya (semangat tersisih atau pelepasan) dan abhyasa (amalan terus) adalah dua perkara yang utama. Vairagya membantu menjarakkan fikiran daripada objek-deria. Abhyasa pula membantu mendekati Atman atau Tuhan.

Beberapa teknik yang berguna dalam Yoga ialah: bersikap mesra (maitri) dengan orang yang bahagia (bukan cemburu); bersimpati (karuna) terhadap orang yang menderita; mengawal tenaga prana dengan mengatur pernafasan; bermeditasi ke atas cahaya pada pusat hati sendiri; bermeditasi ke atas orang yang mulia; sentiasa mengingati mimpi yang suci; merenungkan rupa dewa-dewi; atau planet seperti bulan, atau pusak psikik dalam badan sendiri.

Semua kaedah-kaedah ini dapat membantu seseorang mencapai ketenangan dan maju dalam Yoga.

Yogasiddhi

Sejak zaman purbakala wujud kepercayaan bahawa manusia boleh mencapai kesaktian luarbiasa dengan melakukan tapas dan dengan rahmat Tuhan. Demi meningkatkan kepercayaan dan keyakinan seorang sadhaka (seseorang yang menjalankan disiplin kerohanian) yang sederhana, Patanjali menjelaskan beberapa kesaktian luarbiasa dalam bab-bab kedua dan ketiga Yogasutra. Contohnya, di depan seorang yang benar-benar telah mencapai nilai ahimsa, haiwan pemakan dan mangsanya (seperti harimau dan lembu) dapat hidup bersama dengan aman. Kata-kata seseorang yang mengamalkan satya tidak akan menjadi salah. Seseorang yang mengamalkan aparigraha dengan ketat boleh mendapat kuasa melihat kelahiran-kelahiran lama dan akan datangnya (2.35, 36 dan 39).

Samyama ke atas objek-objek berlainan akan memberikan seorang Yogi beberapa kuasa luarbiasa. Contohnya, samyama ke atas lima unsur seperti prthivi (bumi), dan ap (air). akan memberikan astasiddhi (lapan kuasa ajaib) seperti anima (kuasa untuk menjadi kecil seperti atom), mahima (kuasa untuk menjadi besar) dan sebagainya.

Antara kuasa-kuasa lain yang disebut dalam Yogasutra ialah: kuasa mengetahui fikiran orang lain, kuasa ghaib, mendapatkan kekuatan luarbiasa, memahami bahasa haiwan, dan sebagainya.

Walaupun Patanjali menghuraikan semua kesaktian luarbiasa ini hanya seperti seorang ahli sains, namun, dia memberikan amaran kepada seseorang yang mengamalkan yoga untuk mencari kesaktian ini. Nafsu untuk mengecapi kesaktian luarbiasa ini boleh membawa seseorang jauh daripada matlamat kehidupan iaitu kaivalya atau kebebasan. Namun, selepas mencapai kaivalya - jika seseorang perlu hidup demi menghabiskan prarabdha karma (karma yang telah mula membawa hasil), yogi boleh mendapatkan kesaktian luarbiasa dan menggunakannya demi kebaikan dunia.

Perbezaan dengan sistem Sāṅkhya

Sistem Yogadarśana juga dikenali sebagai Seśvara Sāṅkhya ('Sāṅkhya dengan Īśvara). Ini kerana sistem menerima semua 25 prinsip kosmik sistem Sāṅkhya dan sebagai tambahan, ia juga menerima kewujudan Īśvara.

Sistem Sāṅkhya mengutamakan tattvajñāna atau pencarian tentang kebenaran secara teori. Sebaliknya, sistem Yogadarśana mengutamakan sādhana atau mempraktikan disiplin kerohanian.

Kesimpulan

Yogadarśana bukan sahaja suatu sains purba tetapi ia juga amat relevan dan praktikal pada zaman moden. Malah sistem Vedanta juga menerima dan menggunapakai aspek sadhana sistem ini. Psikologi moden juga sedang menemui kegunaan sistem ini dalam memperolehi kesihatan mental. Kaedah dan teknik yoga sedang menjadi popular di seluruh dunia. Dua langkah pertama yoga - yama dan niyama - boleh menyumbangkan kepada kebaikan individu dan masyarakat. Pelbagai asana (juga dikenali sebagai yogasana) boleh membantu dalam mengekalkan dan menjaga kesihatan seseorang. Demikian, sistem Yoga sedang berkembang dan mendapat pengiktirafan sejagat.